Thursday, January 29, 2015

Macam mana aku kurus? Kurus ke..?

Aku mengaku memang ramai yang tegur tentang kekurangan size aku.
Nampak sangat dulu aku ni lebar bebenor.. huh!

Aku takde petua, rules, catuan makanan, ubat ubatan or whatsoever yang berkaitan.
Apa aku boleh share kat sini is aku punya daily routine.

Bila bangun pagi, benda pertama aku buat ialah minum air masak.
Memang ada je air masak standby satu botol kat bilik aku.
Tapi takde la minum sampai satu botol. 2-3 teguk je.
Ni petua awet muda sebenarnya. Aku pun tak pasti tahap ke'relevan'nya, tapi sebab tak susah, so buat je laa.

Sarapan wajib.. And aku amik heavy breakfast. Means aku makan banyak.
Apa aku makan? Nasi lemak, roti canai, kuetiau goreng, mee goreng, nasi goreng, roti bakar. Pendek kata, makanlah apa saja sampai kenyang.

Tengahari pulak, selalunya aku akan masak. Lunch ngan dinner dijamakkan sekali. Save time!
Bila aku masak, tak semestinya aku makan. Jarang sangat aku amik lunch.
Antara lunch ngan tido, aku prefer untuk tido petang. Kalau lapar sangat, aku akan minum air masak.
Sebab, kalau aku makan, aku tak selesa nak tido.
Yes, hobi saya tidur!

Bila bangun tido, memang akan lapar. Dekat2 maghrib baru aku makan.

Tapi kalau tak lapar, aku takkan makan.

So tengah malam tu dalam pukul 10 lebih aku akan lapar.
Aku makan laa biskut cicah milo ke, roti ke, cokelat ke.
Pernah je aku makan McD. Bergantung pada tahap kerajinan.
Bukan bergantung pada diet plan aku. Tadi dh tulis kan, aku tak tetapkan rules.

Dalam beberapa bulan, camtu laa routine aku.
Sampai laa ramai yg tegur pasal kekurangan size aku ni.
Oleh kerana hairan dengan teguran orang, baru laa aku timbang. OMG! 51kg?!! Lepas kawin, tak pernah aku capai bawah 55kg tau.
Memang terkejut gak laa. Terkejut dalam happy.. :)

Start dari situ, baru laa aku mula exercise. Bila aku exercise, lagi mendadak turunnya.
Pernah sampai 48kg. Masa tu aku dah rasa tak best sebab kurus sangat.
Abis gelebeh semua. Oooppss. Then, aku naikkan balik beberapa kg. Biarlah around 50-53kg je.
Sampai laa sekarang.

Itu saja perkongsian ringkas aku. Honestly aku rasa cara aku ni cara tak sihat.
Sebab aku exercise bila aku dh turun. And aku jugak tak jaga apa yang aku makan.
Aku belasah je semua benda yang high cholesterol and calorie.
Aku just JARANG MAKAN.

So, sape rasa nk apply cara ni, bole cuba. InsyaAllah berkesan. Cuma kena tanamkan sikit sifat 'malas makan' dalam diri. Petua ni aku dapat bila aku kaji balik.