Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan 2015

Assalamualaikum wbt..

Sedar tak sedar, dah 27 hari umat Islam berpuasa.
Rasa kejap sangat.
Tahun ni, aku puasa penuh.. Sama mcm 2 tahun lepas.
Reason? Fikir laa sendiri.. :)

Banyak kisah suka duka bulan posa ni.
Kisah paling duka ialah Encik ninja Nayangku di"pinjam" orang.
Masa parking kat opis lak tu. Hmm... :(
Why aku sedih?
Sebab Nayang guna motor tu bukan untuk g suka2 race kat litar sepang pun..
Dia bukan guna motor tu untuk tinggal anak bini on the weekend g convoy ngan geng2 motor..
Tapi dia guna motor tu untuk g keje and balik keje mencari rezeki yang halal..

Al kisah dihari kejadian...
Tepat jam 7.06pm, aku tgh plating nasik lemak utk berbuka..
Aku bukan jenis bini yang akan call suaminya bila suaminya tak pulang seperti waktu yang biasa..
Sebab aku tahu dia akan balik..

Tetiba bunyi sms (bukan whatsapp) masuk..
Oleh kerana aku tgh bz, so aku sempat jeling je kat msg preview tu..
Just a simple text from hubsy, "moto i kena curik"..
Aku terus call dia.. Suara dia biasa je..
Aku cakap g buka posa dulu, pas maghrib, aku datang..
Bukan sebab nak jadi hero, tapi sape lagi nak bawak lakiku yang transportless tu balik kan? Aku laa..

Aku sampai je opis Nayang, dia tgh tgk cctv kat bilik guard..
Pas dapat detail yg kabur2 tu, kami g balai polis pulak untuk setel report..
Esoknya, Nayang EL, kitorg g setel insurance lak..
Smua setel on the spot.. Setel on our part je laa.. Now semua benda masih dalam proses siasatan..

A few of our family members tahu pasal ni.. Bila diorg tahu, they feel pity to my Nayang..
And guess what, we received beberapa offer bantuan..
Bantuan yang aku rasa .... (inhale)... sgt sgt sgt baik.. Sampai segan nak terima..
Kalau lah org tu baca tulisan ni, sila ketahui bahawa, kalian sekeluarga sentiasa dalam doa kami... :'(

On that week, we had spent our weekend dengan menjelajah survey motor baru..
Aku tolong teman je.. Tengok laa nanti motor mana yang berkenan dihati Nayang..

 
Pulanglah Encik Ninja.... (Abaikan muka Fayi yang nangis masa nak g skolah dulu)

Salah satu pilihan.. Sesuai ke nk hantar anak g skolah?

Aku suka motor ni sebab sesuai ngan saiz badan Nayang

Yang ni mcm x sesuai kan? Sebaik kena tunggu 3 bulan..

Big NO!!!

Haaaa!!! Yang ni comel.. Back to basic.. hehehe


Lagi satu kisah, setelah hampir setahun lebih aku peram oven aku, tahun ni baru aku berani guna..
Bila dh start guna, makin menjadi2 laa aku nak cuba macam2 cookies.
Aku tulis 'macam2' tu mcm banyak je bunyinya kan?
Tak banyak pun. Tak sampai 5 jenis pun.
Proses study resipi yang memakan masa.. Aku cari resipi dengan berpandukan chef google..
Lepas beberapa resipi aku study, aku akan belajar ngan chef youtube pulak..
Kalau aku tak paham, aku akan tanya pakar pemakanan yang bernama Puan google..
Contohnya: Apakah kegunaan cream of tatar?
Jawapannya: lebih kurang je function dia ngan soda bikarbonat..

Pas abis study, baru aku g cari bahan.. Pas cari bahan, baru laa aku buat..
Orang yang selalu tolong aku ialah Encik Nayang aku laa..
Kalau buat cookies, dia mcm ikhlas sket compare dengan ajak buat benda lain..

Contoh 1:
     Jue : Nayang, jom g shopping baju raya! (baju raya dia..)
     Nang : Hmmm... Okay laa...

Contoh 2:
     Jue : Nayang, jom buat biskut nestum pulak nak? (padahal baru lepas buat almond london)
     Nang : Ok! Jom!

Nampak tak perbezaan keikhlasan disitu?

Overall, this year punya Ramadhan lebih banyak suka daripada duka.. Kisah duka tu, boleh dijadikan modal untuk muhasabah diri dan juga modal untuk dapat motor baru.. Eh!

 
Gigih bersama2 dari mula sampai akhir..

Semestinya pertolongan yang disertakan dengan hadiahnya skali..
Abis stgh paket tepung jagung aku..
 
Suji.. First trial.. Nampak x hangus sket kat bawah tu..?
Pastu Nayang bg pendapat sbb aku x lapik ngan kertas minyak.. (apatah nama kertas tu.. lupa)

Almond London.. Guna Cikelat Beryl's.. Sedap and tak mahal pun.. 

Biskut Nestum yang paling aku suka..
Bentuk tak sekata bukti hasil tangan sendiri.. Hohoho

Shopping kasut and selipar baru.. Tgk laa selipar yg dia pakai tu.. Hehehe..

Tahun ni kena beli baru.. Yg lama punya dh arwah..

Kami masih mengekalkan cara klasik..

Selingan.. A few days before puasa dulu.. (Gambar tanpa motif)


Till then, Bye..
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin...

Thursday, January 29, 2015

Macam mana aku kurus? Kurus ke..?

Aku mengaku memang ramai yang tegur tentang kekurangan size aku.
Nampak sangat dulu aku ni lebar bebenor.. huh!

Aku takde petua, rules, catuan makanan, ubat ubatan or whatsoever yang berkaitan.
Apa aku boleh share kat sini is aku punya daily routine.

Bila bangun pagi, benda pertama aku buat ialah minum air masak.
Memang ada je air masak standby satu botol kat bilik aku.
Tapi takde la minum sampai satu botol. 2-3 teguk je.
Ni petua awet muda sebenarnya. Aku pun tak pasti tahap ke'relevan'nya, tapi sebab tak susah, so buat je laa.

Sarapan wajib.. And aku amik heavy breakfast. Means aku makan banyak.
Apa aku makan? Nasi lemak, roti canai, kuetiau goreng, mee goreng, nasi goreng, roti bakar. Pendek kata, makanlah apa saja sampai kenyang.

Tengahari pulak, selalunya aku akan masak. Lunch ngan dinner dijamakkan sekali. Save time!
Bila aku masak, tak semestinya aku makan. Jarang sangat aku amik lunch.
Antara lunch ngan tido, aku prefer untuk tido petang. Kalau lapar sangat, aku akan minum air masak.
Sebab, kalau aku makan, aku tak selesa nak tido.
Yes, hobi saya tidur!

Bila bangun tido, memang akan lapar. Dekat2 maghrib baru aku makan.

Tapi kalau tak lapar, aku takkan makan.

So tengah malam tu dalam pukul 10 lebih aku akan lapar.
Aku makan laa biskut cicah milo ke, roti ke, cokelat ke.
Pernah je aku makan McD. Bergantung pada tahap kerajinan.
Bukan bergantung pada diet plan aku. Tadi dh tulis kan, aku tak tetapkan rules.

Dalam beberapa bulan, camtu laa routine aku.
Sampai laa ramai yg tegur pasal kekurangan size aku ni.
Oleh kerana hairan dengan teguran orang, baru laa aku timbang. OMG! 51kg?!! Lepas kawin, tak pernah aku capai bawah 55kg tau.
Memang terkejut gak laa. Terkejut dalam happy.. :)

Start dari situ, baru laa aku mula exercise. Bila aku exercise, lagi mendadak turunnya.
Pernah sampai 48kg. Masa tu aku dah rasa tak best sebab kurus sangat.
Abis gelebeh semua. Oooppss. Then, aku naikkan balik beberapa kg. Biarlah around 50-53kg je.
Sampai laa sekarang.

Itu saja perkongsian ringkas aku. Honestly aku rasa cara aku ni cara tak sihat.
Sebab aku exercise bila aku dh turun. And aku jugak tak jaga apa yang aku makan.
Aku belasah je semua benda yang high cholesterol and calorie.
Aku just JARANG MAKAN.

So, sape rasa nk apply cara ni, bole cuba. InsyaAllah berkesan. Cuma kena tanamkan sikit sifat 'malas makan' dalam diri. Petua ni aku dapat bila aku kaji balik.