Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan 2015

Assalamualaikum wbt..

Sedar tak sedar, dah 27 hari umat Islam berpuasa.
Rasa kejap sangat.
Tahun ni, aku puasa penuh.. Sama mcm 2 tahun lepas.
Reason? Fikir laa sendiri.. :)

Banyak kisah suka duka bulan posa ni.
Kisah paling duka ialah Encik ninja Nayangku di"pinjam" orang.
Masa parking kat opis lak tu. Hmm... :(
Why aku sedih?
Sebab Nayang guna motor tu bukan untuk g suka2 race kat litar sepang pun..
Dia bukan guna motor tu untuk tinggal anak bini on the weekend g convoy ngan geng2 motor..
Tapi dia guna motor tu untuk g keje and balik keje mencari rezeki yang halal..

Al kisah dihari kejadian...
Tepat jam 7.06pm, aku tgh plating nasik lemak utk berbuka..
Aku bukan jenis bini yang akan call suaminya bila suaminya tak pulang seperti waktu yang biasa..
Sebab aku tahu dia akan balik..

Tetiba bunyi sms (bukan whatsapp) masuk..
Oleh kerana aku tgh bz, so aku sempat jeling je kat msg preview tu..
Just a simple text from hubsy, "moto i kena curik"..
Aku terus call dia.. Suara dia biasa je..
Aku cakap g buka posa dulu, pas maghrib, aku datang..
Bukan sebab nak jadi hero, tapi sape lagi nak bawak lakiku yang transportless tu balik kan? Aku laa..

Aku sampai je opis Nayang, dia tgh tgk cctv kat bilik guard..
Pas dapat detail yg kabur2 tu, kami g balai polis pulak untuk setel report..
Esoknya, Nayang EL, kitorg g setel insurance lak..
Smua setel on the spot.. Setel on our part je laa.. Now semua benda masih dalam proses siasatan..

A few of our family members tahu pasal ni.. Bila diorg tahu, they feel pity to my Nayang..
And guess what, we received beberapa offer bantuan..
Bantuan yang aku rasa .... (inhale)... sgt sgt sgt baik.. Sampai segan nak terima..
Kalau lah org tu baca tulisan ni, sila ketahui bahawa, kalian sekeluarga sentiasa dalam doa kami... :'(

On that week, we had spent our weekend dengan menjelajah survey motor baru..
Aku tolong teman je.. Tengok laa nanti motor mana yang berkenan dihati Nayang..

 
Pulanglah Encik Ninja.... (Abaikan muka Fayi yang nangis masa nak g skolah dulu)

Salah satu pilihan.. Sesuai ke nk hantar anak g skolah?

Aku suka motor ni sebab sesuai ngan saiz badan Nayang

Yang ni mcm x sesuai kan? Sebaik kena tunggu 3 bulan..

Big NO!!!

Haaaa!!! Yang ni comel.. Back to basic.. hehehe


Lagi satu kisah, setelah hampir setahun lebih aku peram oven aku, tahun ni baru aku berani guna..
Bila dh start guna, makin menjadi2 laa aku nak cuba macam2 cookies.
Aku tulis 'macam2' tu mcm banyak je bunyinya kan?
Tak banyak pun. Tak sampai 5 jenis pun.
Proses study resipi yang memakan masa.. Aku cari resipi dengan berpandukan chef google..
Lepas beberapa resipi aku study, aku akan belajar ngan chef youtube pulak..
Kalau aku tak paham, aku akan tanya pakar pemakanan yang bernama Puan google..
Contohnya: Apakah kegunaan cream of tatar?
Jawapannya: lebih kurang je function dia ngan soda bikarbonat..

Pas abis study, baru aku g cari bahan.. Pas cari bahan, baru laa aku buat..
Orang yang selalu tolong aku ialah Encik Nayang aku laa..
Kalau buat cookies, dia mcm ikhlas sket compare dengan ajak buat benda lain..

Contoh 1:
     Jue : Nayang, jom g shopping baju raya! (baju raya dia..)
     Nang : Hmmm... Okay laa...

Contoh 2:
     Jue : Nayang, jom buat biskut nestum pulak nak? (padahal baru lepas buat almond london)
     Nang : Ok! Jom!

Nampak tak perbezaan keikhlasan disitu?

Overall, this year punya Ramadhan lebih banyak suka daripada duka.. Kisah duka tu, boleh dijadikan modal untuk muhasabah diri dan juga modal untuk dapat motor baru.. Eh!

 
Gigih bersama2 dari mula sampai akhir..

Semestinya pertolongan yang disertakan dengan hadiahnya skali..
Abis stgh paket tepung jagung aku..
 
Suji.. First trial.. Nampak x hangus sket kat bawah tu..?
Pastu Nayang bg pendapat sbb aku x lapik ngan kertas minyak.. (apatah nama kertas tu.. lupa)

Almond London.. Guna Cikelat Beryl's.. Sedap and tak mahal pun.. 

Biskut Nestum yang paling aku suka..
Bentuk tak sekata bukti hasil tangan sendiri.. Hohoho

Shopping kasut and selipar baru.. Tgk laa selipar yg dia pakai tu.. Hehehe..

Tahun ni kena beli baru.. Yg lama punya dh arwah..

Kami masih mengekalkan cara klasik..

Selingan.. A few days before puasa dulu.. (Gambar tanpa motif)


Till then, Bye..
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin...

Thursday, January 29, 2015

Macam mana aku kurus? Kurus ke..?

Aku mengaku memang ramai yang tegur tentang kekurangan size aku.
Nampak sangat dulu aku ni lebar bebenor.. huh!

Aku takde petua, rules, catuan makanan, ubat ubatan or whatsoever yang berkaitan.
Apa aku boleh share kat sini is aku punya daily routine.

Bila bangun pagi, benda pertama aku buat ialah minum air masak.
Memang ada je air masak standby satu botol kat bilik aku.
Tapi takde la minum sampai satu botol. 2-3 teguk je.
Ni petua awet muda sebenarnya. Aku pun tak pasti tahap ke'relevan'nya, tapi sebab tak susah, so buat je laa.

Sarapan wajib.. And aku amik heavy breakfast. Means aku makan banyak.
Apa aku makan? Nasi lemak, roti canai, kuetiau goreng, mee goreng, nasi goreng, roti bakar. Pendek kata, makanlah apa saja sampai kenyang.

Tengahari pulak, selalunya aku akan masak. Lunch ngan dinner dijamakkan sekali. Save time!
Bila aku masak, tak semestinya aku makan. Jarang sangat aku amik lunch.
Antara lunch ngan tido, aku prefer untuk tido petang. Kalau lapar sangat, aku akan minum air masak.
Sebab, kalau aku makan, aku tak selesa nak tido.
Yes, hobi saya tidur!

Bila bangun tido, memang akan lapar. Dekat2 maghrib baru aku makan.

Tapi kalau tak lapar, aku takkan makan.

So tengah malam tu dalam pukul 10 lebih aku akan lapar.
Aku makan laa biskut cicah milo ke, roti ke, cokelat ke.
Pernah je aku makan McD. Bergantung pada tahap kerajinan.
Bukan bergantung pada diet plan aku. Tadi dh tulis kan, aku tak tetapkan rules.

Dalam beberapa bulan, camtu laa routine aku.
Sampai laa ramai yg tegur pasal kekurangan size aku ni.
Oleh kerana hairan dengan teguran orang, baru laa aku timbang. OMG! 51kg?!! Lepas kawin, tak pernah aku capai bawah 55kg tau.
Memang terkejut gak laa. Terkejut dalam happy.. :)

Start dari situ, baru laa aku mula exercise. Bila aku exercise, lagi mendadak turunnya.
Pernah sampai 48kg. Masa tu aku dah rasa tak best sebab kurus sangat.
Abis gelebeh semua. Oooppss. Then, aku naikkan balik beberapa kg. Biarlah around 50-53kg je.
Sampai laa sekarang.

Itu saja perkongsian ringkas aku. Honestly aku rasa cara aku ni cara tak sihat.
Sebab aku exercise bila aku dh turun. And aku jugak tak jaga apa yang aku makan.
Aku belasah je semua benda yang high cholesterol and calorie.
Aku just JARANG MAKAN.

So, sape rasa nk apply cara ni, bole cuba. InsyaAllah berkesan. Cuma kena tanamkan sikit sifat 'malas makan' dalam diri. Petua ni aku dapat bila aku kaji balik.

Friday, October 10, 2014

Family Photoshoot 2014

Assalamualaikum..
Memang jadual tulis blog ni adalah setahun sekali.. So, sorry laa encik blog sbb jarang datang jenguk awak..

Sebelum balik cuti raya Aidil Adha, Jujue ada laa bagi 'arahan' kat group family untuk hadirkan diri untuk satu sesi photoshoot. Tema pn dh bgtau siang2.. Tugasan pn dah bagi siap2.. Sape yang kena setelkan camera, tripod and creativity smua tu laa.. Bila bagi arahan, Jujue macam terkejut sebab tiada bantahan! Cuma persoalan je yang banyak.. Kenapa putih? Kenapa kat Awana Kijal? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Oleh kerana Jujue dah biasa ngan soalan2 diorg ni, so abaikan aje.. hahaha..

Bila tiba hari kejadian, hujan turun membasahi bumi kemaman. Alamak! Kitorg smua dah otw dah masa tu.. Hujan tidak mematahkan semangat kami! Kami teruskan jugak buat indoor.

Bila hujan stop, then we proceed to outdoor lak. Klik Klik!

Dari segi pose, mostly dari afiq and syara punya idea. Jujue? Tak creative sgt laa.. Memang diorg menjalankan tugas dengan baik, and smua sporting sebab bagi kerjasama yang padu! yeaahhh!! Sesi kali ni berjalan dengan pantas dan lancar.

Kat bawah Jujue share sikit yang x berapa nak lawa.. hihihi.. Yang lawa simpan untuk kami lorr..
Till then, enjoyss...

Indoor

Nak setting. Eh, tak susah laa nak photoshoot ngan kids.. (positive jue, positive..)

Hmm.. Tak mampu nak komen..

Again.. Look at him.. huh!

Thursday, March 6, 2014

Cucuk anak2 teruna

Setelah delay selama hampir 2 minggu, semalam jue bwk 2 anak teruna g cucuk.
Fayi amik hepatitis A, ali pulak rota virus ngan dtp smua tu laa.

Sebelum g cucuk, jue bg diorg paracetamol dulu.
Mana laa tahu kalau pas cucuk tu demam kan?

Kami pergi klinik pakar Wong kat sungai chua.
Selesa ngan doctor wong ni. Dia ngan assistant dia mmg bagus buat kerja. Cekap & pantas.
Sambil dia uruskan bebudak, ada je cerita yg dia nak cerita.
Pasal family dia, pasal anak buah dia, pasal kawan2 dia masa kat UM dulu.
Happend to be, paed fayi ngan ali masa kt prince court tu dia kenal.
Jue lak mmg suka laa borak2 ni. So layaaannnn....

Memula, dia check berat dua teruna. Fayi 14kg, Ali 6.5kg.
Head circumference ali terlebih sikit. Haiyoo.. Mula laa jue come out with WH question series tu.
Since doctor ckp xde pape, so biarkan je laa.

Pas timbang, jue kena assist doctor utk cucuk bang long fayi kat bontot.
Jue kena riba fayi, sambil fayi mengadap jue and peluk!
Kami berdua lak mmg suka peluk memeluk ni, so senang.
Owh, dengan bantuan youtube yg ada upin ipin skali. Hehe..
Uisshhh! Dengan mudah dan sepantas kilat, zraazzzzz! Siap!
For the first time fayi tak nangis! Magic sungguh.
Pas cucuk tu, doctor sambil gosok2 kat tempat cucuk tu ckp, " apa tu? Doctor wong tangkap semut besar td. Ada semut kt klinik doctor wong ni..."..
Fayi? No respond. Sbb dia tgh tggu upin ipin yg still buffering dr td.
Tak muncul2 upin ipin ni.

Pastu, Ali pulak.
Bila cucuk ali, dia nangis sket. Sbb nya, ali belom faham apa itu semut besar.

Time bayar, terkezut i bila dia bgtau total cost smua. Almost 400.
Siap terbeliak lagi.
Jue x biasa bayar bil klinik ni. Slalu pakai insurans card je.
Sebaik korek2 purse, cukup. Pheewww..
Pernah dulu, bil 70 ringgit, jue x cukup duit. Lupa giler kt situ kena bayar cash.
Sedih kan?

Dipendekkan cerita, petang sket, jue rasa badan ali mcm panas sket.
Confuse ngan suhu badan ali yg sentiasa tak sejuk tu.
Al maklum, warna penyerap haba.
Jue pn amik temperature ali, its 38.2 degree. Oh mai!
Demam! 
Alaaaahai.. Dh la baba takde ni. Jgn laa demam ali....
Klu baba ada, (walaupn baba x banyak membantu), at least baba pemberi semangat kat mommy..
Then, again paracetamol diberi, and badan ali dituam. Cool fever pn pakai gak.
Tak berkesan laa maknanya bg ubat sblm g cucuk.

Arini Alhamdulillah dh baik.

Currently, fayi sgt suka membebel bahasa dia.
Kadang2 dpt tangkap laa sket apa yg cuba disampaikan.
But most of the time, kami just ckp 'okay' je lps dia bebel tu.
Klu ckp x paham, nnt lagi panjaaaaannggggg dia ckp.

Ali plk, dh pandai nangis ada lagu. Senang sikit. Dh bole cam nangis lapar mcm mana, nangis nak dukung mcm mana, nangis sedih and nangis sakit.
And ali akan respond klu dgr suara org, especially bila dgr suara abang dia.

To dua buah hati kami, we sgt sgt chenta kamu...
Membesar dgn sihat yer...

Fayi terkini.. Cuppp!!

Ali terkini jugak..

Sunday, March 2, 2014

This time, i know how to push!

Dh 2 bulan, baru nak citer.
Actually, baru ada masa. Sebelum ni busy tido je kat umah. :p

Entry kali ni al-kisahnya apabila dh masuk labour room itu...
Masa tu lebih kurang pukul 4am.
As I mentioned before, Dr Seri was on her leave.
So, yang ada doctor on-call and her name is Dr. Tan.
Jue siap tanya lagi Dr. Tan ni laki ke pompuan.

Contraction datang macam ombak. Bila 'dia' datang, adeh sakitnyaa...
Bila dia hilang, kebahagian itu milikku.

First check jalan, dah bukak 2cm.
Mid-wife yang check tu agak menakutkan.
   1. Rambut dia tak kemas. Kerinting kembang mcm org br bgn tdo.
   2. Masa dia check jalan, mata pandang ke lain and lidah dia automatically keluar. hish!

Tak baik kan? Memang tak baik pun jujue ni.

Same as before, bila dh rasa 30% from the real pain, Jue request epidural.
Tak sabar rasanya utk tanak rasa sakit.
Sementara tunggu Pakar Bius datang, Jue and Nayang banyak borak2.
Bila ombak datang, Jue diam, and tugas Nayang is baca CTG reading tu.
The mid wife sibuk buat persiapan dlm keadaan yg tenang.

It almost 5am, epidural pn sampai.. hahaa.. mcm laa epidural tu datang sendiri kan?
Masa tu dah 4cm. Proses cucuk epidural kali ni agak terasa kesakitannya.
Jue banyak pejam mata and ikut je arahan doctor.
Inhale..... Exhale......Inhale..... Exhale......

Bila dah siap, mid wife tu tanya, "tak sakit ke puan?". "Eh, sakit laa.. Kenape?".
"Bagus, puan rilex je". Dalam hati, 'Okay, anda berjaya buat sy tenang sekarang'.

After 30 minutes, Jue start complaining on epidural yg tak berkesan tu.
Mid wife tu cakap, it takes time.
Everytime Jue complain, benda sama dia jawab. Sambil senyum2 pulak tu.
Masa tu, seriously sakit sakit sakit sangat!
Tapi Jue takde laa terjerit2 mcm org takde iman kan?
Same skill, ombak datang je, pejam mata, zikrullah and also tell my Nayang.

   Jue: Nayang... sakit sakit sakit sakit...
   Nayang: hmmm... haaa.. takpe, dapat pahala!
   Jue: Eeerrkk..?

Okay, skill terakhir kena remove. So, just pejam mata and zikir je banyak2.

I keep complaining to the mid wife yang epidural ni takde kesan. (minah komplen mmg camni..)
Masa tu dah 7cm. Mid wife naikkan dos epidural.
Then tiba2,

     Jue: You, I rasa mcm dah nak be**k ni!
     Mid wife: Macam nak be**k? Ok hold yer puan. Doctor otw.
   
Then, she shouted to her friend, "Pooja (nama rekaan sbb i dun remember), she's full already!!"

Full??!! Yes! This is it. Ini laa sakit yang Ma rasa. Whhoooaaa!! Allah dan ibu2 saja yang tahu betapa hebatnya sakit itu.
Walaupn dia datang sekejap2, badan ni rasa macam nak putus dua jugak laa.
Masa tu, Nayang kat sebelah was holding my hand.
Mid wife lak, baru nampak kelam kabut prepare barang2.
Haaa... hilang ngantuk korang kan?

Part yang paling Jue frust is, mid-wife tu suro Jue jangan push, dia kepit kaki Jue, reclined the bed. (kepala rendah) and asked me to take a really deep breath.
Bukan frust kat mid wife, tp frust dgn keadaan.
Mid wife suro buat camtu sbb doctor still on her way.
I dun blame anyone, semua dah tertulis.
So, face it jue!! Trust them and Go! Go! Go!

Takyah nak go go go sgt laa Jue. Mid wife tu kesian tgk ko and dia bagi gas.
Masa amik gas tu, uish, dia punya laloq terus zzzzz...
Bila ombak datang, tersedar balik and tekan lagi gas then tido balik.

Masa Jue tdo, Nayang nampak Jue tenang (setelah ditemubual) and Nayang teringatkan minyak selusuh kat dalam beg. Beg tu pulak kat dalam kereta.
Nayang pn turun kat kete g amik. (klu tak amik, membazir katanya)

Lebih kurang 3/4 kali tdo, doctor pn sampai.
She was introduce herself, tp Jue 50-50 sedar untuk cakap hai masa tu.
So! Lets do it! Bukak mata besar besar.
Eh, mana Nayang? Masa tu Jue tak tahu pulak Nayang turun kat kereta.
Takpe laa. Ni lagi penting.
Dr Tan duduk, dia bagi arahan, dua kali push, then plooopppp!!!
Alhamdulillah... baby keluar..
Terus hilang semua sakit yang menghantui tadi. Macam magik!

Dengar baby nangis, lega, happy and tak sabar nak peluk.
Kalau dulu Jue geli2 sikit, tapi kali ni, bila mid wife letak je baby kat atas Jue, Jue terus pegang and usap2 dia.
Tak kisah laa lom bersih lagi pun.
Owh, btw, a few seconds after baby keluar, baru nampak my dear Nayang masuk dgn laju ke labour room.
Muka Nayang agak terkejut, tp buat2 tenang. ahahaha..

Lepas Nayang azankan, Nayang just duduk kat tepi baby and memperdengarkan beberapa surah/doa kat baby.
Jue rehat seketika sementara tunggu Nayang selesai.
After that, mid wife offer utk Jue bf baby, I agreed and sukses!

Gambar dah diambil, messages dh di sent and news dh diupdate kt fb. (Ada jugak..)

Maka, persoalan ditanya kpd Nayang, "Where have you been?"..
Rupa2nya, Nayang was locked out and no one was there utk bukak kan pintu labour room tu.
Cian Nayang.. :(
It's ok. Our journey after this is more important..
I've done my part and lets raise them well. Kita usaha sama-sama k..

Walaupun kali ni bukan bersalin bersama Dr Seri dan pasukan soraknya, Jue tetap rasa kemanisan pengalaman bersalin kan baby kali ni.
After this, kalau bersalin lagi, Jue tanak laa amik epidural. Lagi senang kalau tak amik.

To all mothers out there yang dah bersalin banyak kali tanpa bius, saya sgt kagum dgn anda! Syabas!

Ni kat dalam labour room. Baru sampai ni, bole laa bergedik gedik.

My pity tired baby. Masa ni dh masuk wad.

Cucu ke-3, baru Aki bole jumpa fresh. Masa Qaliff & Fayi, aki xde kat mesia.
Kali ni, siap naik taxi dtg ms lunch break.

Datin Amilia with her cute amin. mmuaahh!!

Nayangs family datang jumpa baby.

My dear sister dtg lepas abis keje. Bau kilang kau!

Fayi first time jumpa adik & dia x paham pn.

Atookkkk!!!


Wednesday, January 1, 2014

The contraction!

Happy new year!! Lom terlambat lg kan?

Alhamdulillah, harini genap 14 hari jujue berpantang.. (Akan diceritakan nanti)
And harini genap setahun abik (bibik) berkhidmat dengan kami..
Thank you abik.. (Aku tau ko x baca pn)

Entry kali ni dan slps ni, jue nk citer pasal bersalin haritu.. Quite a drama.. Again..... Sigh~

On wednesday, 18 december 2013, kami dh plan utk ke bangsar..
Jalan2 cuci mata and ada urusan peribadi.. Chewah..
Masa tu, kul 9am jue rasa sakit perut.. Mcm period pain..
But i still confuse with sakit perut memulas nak ke rumah kecik tu..
I did update the status kat facebook..
Tapi, walaupun sakit, plan utk ke bangsar tetap ON!


Oleh kerana sakit tu dtg every 1 hour (agaknya laa sbb jue x layan sgt sakit tu), kami just uruskan satu perkara je.. Quite uncomfortable..
Makan pn tak.. Balik makan kat umah..

Kami sampai umah around 2pm. I did visit that umah kecik and anggap my problem dah setel..
Siap tdo lg after that. The pain was very mild. So bole tdo dengan tenang.

Menjelang petang, around 6pm, kami ke rumah my mother in law.
I told her about the pain. "Mak, sy rasa mcm dh ada contraction ni. Every 30 mins".
Pastu siap bgtau nk tggu until monday sbb my gynae Dr Seri tgh holiday skrg.
Then mak ckp, "x sempatnya. Jgn rilex sgt, nnt jd mcm anak kwn mak. Bersalin dlm kereta sbb rilex sgt".
Masa tu, baru kami terfikir.
Pastu, jue pn call mid wife kat spital, bgtau condition skrg and asked for their advice.
Dia ckp, klu rasa sakit every 15 mins and consistent, bole dtg hospital.
Tp klu air ketuban pecah or darah kluar, kena dtg immediately.

Nak dipendekkan cerita, kul 12am masa nak tdo, jue terasa sakit and start set masa.
It was every 15 mins and consistent for 1 hour.
Okay thats it. Jue pn bangun, mandi, cuci rambut and pack my hospital bag.
Yes, jue x ready pn, tp checklist dh ada. So pack ikut checklist je. Pantas dan efisen.
1.30am, baru jue kejutkan nayang. "Nayang, sakit every 15 mins..".
Dia pn bersiap dgn happy. Bila dh siap, bgtau abah (abah at our house), kejut abik suro tdo ngan fayi then kami pn bertolak ke hospital.

Masa dlm kereta, everytime sakit, jue akan bgtau nayang.
Nayang pn 'tiittt' set masa.. Sempat laa rasa 4 kali sakit spjg dlm kereta tu..
Pernah tgk drama melayu org sakit nk bersalin dlm kereta kan?
Haaa... Jue bukan camtu..

Bila sampai je hospital, jue di bawa ke labour room dgn menggunakan wheel chair.
(I hate wheel chair. Pening)..
Sampai je atas, terus masuk labour room, masuk air,pasang CTG.
Maka, bermula satu suasana dejavu yg pernah jue lalui 2 tahun lepas.....

bersambung.......

Tuesday, September 24, 2013

Dulu VS Kini

Yes! We are pregnant!
We is refering to myself and nayang.
Its just that jue ada due date, but nayang xde. Hehehe.

This time, memang lain sket compare to masa pregnantkan fayi.
Yang sama cuma jue xde alahan, xde muntah2 and xde ngidam2 ni. (X percaya pn benda2 ngidam ni).

Part yg lain tu, cthnya ialah,

Dulu, smua date jue akan record.
Check up pn x lambat. Supplement makan on time.
Susu tak miss.
This time slalu je ada benda tercicir and terlambat.

Kalau dulu, 5 bulan tu perut dh nampak boyot. Jalan pn mcm king kong. Skrg ni, 6 bulan pn ada lg org x perasan.

Dulu, jue x lasak sgt masa 1st trimester. Jaga2 je semua. Kasut pn pakai flat shoe.
Skrg, high heels pn pakai. Pastu doa supaya tak terpeleot. Hehehe.

Lagi, ms ngandungkan fayi, jue slalu menghitung hari.
Skrg ni, jue and nayang install satu apps ni utk kirakan currently dh berapa minggu.

Ni smua bukan sbb tak excited. Sama je rasa excitednya, cuma jue lebih relax and cool.
Hopefully, proses bersalin nanti pn x complicated mcm fayi.
8am start sakit, kul 1pm dh kluar. 5 jam je. Alhamdulillah.

And again, jue berharap sgt jue akan bersalin normal.
Doctor Seri dh tanya, this time nak pakai epidural lg x?
And semestinya jue jawab yes!
Penakut? Yes.. Eh no laa.. Bukan sbb takut sakit, tp x suka rasa sakit tu.
Klu bole elak, jue elakkan. Tp klu Allah nak bg rasa kesakitan bersalin tu, jue terima je. InsyaAllah.

Skrg dh 27 weeks. Another 13 weeks to go.
Banyak benda nak kena plan.
Dulu keje opis senang. Smua bole hand over kat org.
Skrg ni, nak hand over kt sape?

Ma ajak berpantang kat kampung. Tp xle. Sbbnya jue ada "urusan" yg nak kena pantau dr sini.
Ramai kwn2 and kenalan yg jue tahu berpantang sdr utk yg second child.
If they can do it, same goes to me!

Pape pn, jue harap smua akan lancar and xde masalah rumit.
Amiin.

Sekian luahan hati.....
Wasalam..